top of page

Kesan Protectionism di Malaysia

  • Writer: Fai Ahmad
    Fai Ahmad
  • Aug 15, 2021
  • 2 min read

By Haris Kamaruzaman


Malaysia dah tak boleh memilih, ini kesan ‘protectionism’ jenama automatif Malaysia

Perodua Axia buatan Malaysia
The overprotected Perodua Axia seen in space

Malaysia tidak asing lagi dengan cukai - cukai 2 kali ganda, cukai di atas cukai (cukai kedua dikira selepas harga + cukai pertama dimasukkan) untuk jenama kereta luar berbanding jenama domestik. Selepas hampir 30 tahun dihimpit dengan cukai, pilihan rakyat Malaysia semakin mengecil apabila cukai membaham beberapa model kereta dari pasaran.


Cukai tersebut telah dibawa ke satu tahap lagi, Proton dan Perodua mencapai dominasi 70% pegangan pasaran dalam beberapa tahun lagi. Dengan hanya 30% pasaran yang ada, siapa je yang nak melabur dalam landskap automotif Malaysia?


Purata jualan kenderaan tahunan adalah sebanyak sebanyak 600,000 unit setahun. Hanya 180,000 unit jualan setahun yang realistik untuk dibahagikan kepada kesemua jenama kereta bukan nasional. Kesemua ya!


Satu-satunya peluang yang ada untuk mereka adalah pada julat harga RM 100 ribu hingga RM 300 ribu. Bawah daripada ini didominasi 4 jenama. Atas daripada ini didominasi jenama Jerman.


Mangsa yang sudah dikenalpasti mati daripada dominasi ini adalah model hatchback kecil, atau city car seperti Kia Picanto, Kia Rio dan Kia Cerato.


Ini sekadar desas-desus. Cerita tentang situasi sekarang. Akan datang, Dinamikjaya (prinsipal baru Kia Malaysia) hanya bercadang untuk membawa model Kia Seltos, SUV segmen B sebagai model paling murah mereka. Malah, Kia Seltos pun dirancang untuk dipasang secara tempatan (CKD) bagi menurunkan lagi harganya di bawah RM 100k.


Strategi ini realistik dan menguntungkan kerana seperti yang kita ulas tadi, julat harga RM 100 ribu - RM 300 ribu adalah gelanggang yang kompetitif untuk jenama luar.


Selamat tinggal segmen A keluaran luar

Korean made Kia Picanto
The side-lined Korean made Kia Picanto seen in space

Apa kesannya? Dominasi penuh Perodua Axia dalam hatchback segmen A. Tiada lagi pilihan lain untuk hatchback segmen A melainkan Perodua Axia. Apa impaknya? Tidak lah terlalu besar, harganya akan masih rendah kerana mengikut harga Proton Saga. Cuma, tiada lagi pilihan untuk anda.


Adakah ini dikira monopoli atau niche? Perodua Axia terjual sekurang-kurangnya 4,971 unit sebulan untuk tahun 2020. Dalam pada masa yang sama, model SUV segmen A (monopoli atau niche?), Citroen C3 Aircross tidak mengumumkan data jualan tetapi kira sendiri model ini di atas jalan.


Sekiranya pasaran terbuka kepada jenama luar, selamat untuk mengganggarkan 30% pasaran boleh terbuka kepada model hatchback segmen A lain. Ini boleh diterjemahkan kepada 1,492 unit sebulan. Jauh lebih banyak dari Proton Iriz - hanya terjual purata 637 unit sahaja sebulan bagi tahun 2020.


Kita tiada masalah dengan cukai. Hanya masalah apabila ia tidak digunakan dengan betul dan cukai-cukai ini semua membantutkan pertumbuhan negara.


This post is written by my guest writer, Haris Kamaruzaman from Wapcar. He eats automotive contents for sahur, lunch and iftar, but his desire is to write about the B-side of the auto industry. Click to read more of his A-side write-ups.


 
 
 

Commentaires


Post: Blog2_Post

This creative services company is based in Bandar Sri Permaisuri, KL

  • Facebook
  • Twitter

© 2021 AhmadX Design and Innovation. Fuelled by Wix.com

bottom of page