top of page

Senario - lagenda yang tak digelar lagenda

  • Writer: Fai Ahmad
    Fai Ahmad
  • Sep 13, 2021
  • 3 min read

By Haris Kamaruzaman

Album cover Senario era 90-an
Siapa masih ingat imej ikonik ni?

Lewat 90-an sehingga awal 10-an menyaksikan kumpulan lawak Senario mendominasi kaca televisyen. Bakat-bakat yang dicungkil dari program Sinaran Passport Kegemilangan tanpa semena-mena diangkat menjadi sebuah kumpulan lawak, namun apa yang terhasil adalah lebih daripada itu.


Senario sangat underrated. Surut populariti Senario pada awal tahun 2010 juga seolah-olah dijangkakan jadi tak ramai pun peduli dengan pasang surut kumpulan ini.


Walhal pulariti Senario sampai ke Brunei dan Singapura. Bukan calang-calang punya kumpulan.


Jadi apa bagusnya Senario ni? Melawak boleh. Menyanyi boleh. Berlakon juga boleh. Terakhir, ada juga yang menjadi hos.


Bergerak dalam kumpulan boleh, berseorangan pun boleh. Adakah setakat itu?


Legasi lagu-lagu Senario


Kita semak pula antara lagu-lagu Senario yang elok diperhatikan zaman sekarang.


Antaranya, lagu Motor Kapchai. Lirik ditulis oleh Azlee. Lagu ini menjadi sindiran kepada isu lumba haram yang berleluasa pada awal millenium ketika itu. Perhatikan bait ini,

‘Aku dimasukkan dalam lokap, Mintak izin telefon bapak sekejap’

turut memberi petanda bahawa masalah sosial ini banyak dilakukan oleh remaja yang masih memerlukan ‘bapa’ untuk bertanggungjawab.


Lagu ini juga menampilkan bunyi trumpet yang dipercayai ‘dibunyikan’ oleh Lan Pet Pet. Sangat kreatif dengan memasukkan bakat Lan ke dalam lagu ini sebagai latar muzik.


Lagu Senario pencermin sosio-budaya


Tak lupa juga Lagu Cepat Kaya - ditulis lirik oleh Azlee dan Wahid. Ketika itu, skim piramid sangat berleluasa di mana ramai yang kecundang dengan skim-skim ini.


Sekali lagi ia menangkap masalah sosial yang membarah dalam kalangan masyarakat kita.


Skim cepat kaya pun dah berevolusi dengan pelaburan kriptowang, hartanah, emas dan sebagainya tapi nasihat Senario masih relevan.


Zaman muda Senario selepas keluarnya dua orang ahlinya Ilya Buang dan Hamdan Ramli
Senario selepas 'suntikan' ahli baru; Saiful Apek dan Yassin Yahya

Kata Senario, modalnya alahai senang saja, cuma hanya nak mencari mangsa. Benar sekali. Beli kriptowang, beli emas, semua tak nampak. Tapi duitnya nampak. Itu maknanya apa?


Dan inilah yang selalu terlepas pandang. Lagu selalunya sekadar mengikut trend zaman, tapi Senario berjaya membawa lapis kedua dan ketiga, menangkap masalah sosial sezaman dan nasihat di dalam hiburan.


Takkan kita hanya mengangkat lagu M Nasir dan Raihan kerana isinya, tapi memandang remeh Senario kerana ia dilontarkan dalam nada komedi?


Senario pemelihara budaya


Tak cukup dengan itu, Senario sebagai memelihara budaya dengan lagu Zapin (Zapin Usik Mengusik), Boria (Boria Miskin Kaya) dan Dikir Barat (Dikir Barat Siang Malam) untuk tatapan pendengar di masa hadapan.


Sekurang-kurangnya generasi akan datang mampu mengenal beza antara zapin, boria dan dikir barat secara layman.


Ramai pemuzik sekarang hanya menggunakan instrumen-instrumen klasik, dan lirik-lirik ‘sentap’ sebagai taruhan lagu.


Senario tidak begitu. Ia kekal bernada ketimuran yang menjadi budaya rumpun Melayu.


Lagu raya Senario setaraf klasik


Senario juga ada penampilan lagu raya. Sekali lagi, ia menangkap trend zaman dengan bait ‘Berpakaian semua harus sepadan’ disulami dengan nasihat seperti

‘Poket kosong baru ingat nak puasa’.

Senario berdiri sama tinggi dengan Uji Rashid, Hail Amir, Sudirman, P Ramlee jika dilihat daripada lagu rayanya sahaja.


Tak ramai penyanyi yang mampu menampilkan lagu raya dengan baik. Kadang-kadang, kita dengar pun tak selera.


The literally old Senario
Lagu Senario menjadi ruji di kala hari raya

Tapi kenapa semua berebut-rebut nak hasilkan lagu raya? Kerana lagu raya akan dimainkan berkali-kali, dari tahun ke tahun.


Artis-artis yang menyanyikan lagu raya kekal ‘hidup’ dan mengingatkan para pendengar tentang kewujudan mereka, jauh selepas mereka tiada.


Senario sebetulnya bukan biasa-biasa


Tuntasnya, Senario selalu dilihat biasa-biasa. Ia menyentuh hidup kita sedikit-sedikit. Mengajak ke arah kebaikan, menasihat dan memberi panduan.


Mereka tak banyak kontroversi, membuat lawak melalui karakter. Tiada lawak body shaming atau tiru gaya orang. Atas kebiasaan inilah, mungkin, Senario dirasakan remeh.


Hanya yang memahami dapat menghargai.


This post is written by AhmadX's guest writer, Haris Kamaruzaman from Wapcar. He eats automotive contents for sahur, lunch and iftar, but his desire is to write about the B-side of the auto industry. Click to read more of his A-side write-ups here.

 
 
 

2 Comments


Jerome Holan
Jerome Holan
Mar 10

Program Koding dan Kecerdasan Artifisial Kelas 5 membantu anak memahami cara kerja teknologi di sekitar mereka.

Like

John Snow
John Snow
Feb 13

UNICCM School menerapkan Kurikulum Merdeka dalam sistem belajar mengajar. Materi disusun jelas. Pembelajaran berlangsung konsisten.

Like
Post: Blog2_Post

This creative services company is based in Bandar Sri Permaisuri, KL

  • Facebook
  • Twitter

© 2021 AhmadX Design and Innovation. Fuelled by Wix.com

bottom of page