Tentang Kereta dan Marah Cara Orang Kaya
- Fai Ahmad
- Aug 23, 2021
- 2 min read
Updated: Sep 13, 2021
By Haris Kamaruzaman
EV, simbol senyap untuk golongan satu persen

Ada sesuatu yang menarik ingin aku kongsikan selepas berjinak-jinak dalam dunia automotif.
Sekarang ni, satu revolusi untuk pacuan kereta sedang berlaku dan ia adalah kereta elektrik. Sekarang, kereta elektrik ni memang tengah hype, siap ramai yang cakap kereta elektrik akan ganti kereta petrol biasa. Sembang memang kencang.
Kenapa sembang kencang sangat? Sebab pemilik kereta elektrik ni, ramai orang kaya bro. Dan antara pioneer yang nak sangat kereta elektrik ni diimplementasi di Malaysia adalah tokey-tokey yang jual wall box pengecas kat bangunan.
Mereka memang antara pengguna awal, tak dinafikan sumbangan mereka menjadi tikus uji frontier ni memang baguih. Tak dinafikan ya.
Paling best, orang kaya-kaya ni bukan taraf T10 (10%) ya, ini taraf T1 (1%) dah.
Tesla lambang kemewahan sebenar, bukan Mustang, sis

Bayangkan nak beli Tesla sebiji je dah RM 300,000 paling murah. Tak ada opsyen untuk loan, semua tunai sahaja.
Mana nak dapat cash RM 300k? Tak kena tangkap SPRM ke? Ini kita bincangkan di hari lain.
Anyway, berbalik kepada tajuk, benda paling menarik aku rasa adalah betapa detached-nya golongan ni dengan realiti. Tapi ini mungkin mengikut perspektif aku yang B40, atau M40 atau secara layman sahaja.
Sebab antara masalah kereta elektrik adalah parking. Ramai orang yang asshole suka parking dekat parking kereta elektrik. Dah la selalu kosong, ditambah dengan mentaliti ‘ala kejap je’ rakyat Malaysia, parking kereta elektrik selalu sangat dieksploitasi.
Jadi apa pemilik kereta elektrik ni buat? Wah kalau aku, mungkin dah pecah cermin sisi atau paling kurang tercalar kereta tu. Tapi golongan T1 ni lain. Diorang print satu surat amaran, letakkan pada wiper kereta berkenaan, ambik gambar, laporkan kepada pengawal dan cau buat kerja dia.
Talk to my lawyer, bro

Tak ada makian, tak ada keganasan. Sangat sivil.
Jadi aku bertanya-tanya kepada kawan-kawan aku, macam mana golongan T1 ni boleh rileks je menghadapi hal-hal tak bertamadun macam ni. Jawapan paling puas hati datang dari seorang peguam.
Katanya, cara yang dilakukan ini sangat tepat di sisi undang-undang. Maknanya, apa-apa yang bakal terjadi - sudah pun dimulakan oleh satu proses mahkamah iaitu amaran bertulis.
Mungkin ada yang lebih arif, boleh menyanggah kenyataan ini tapi tak perlulah aku pergi lebih mendalam. Aku masih wow sebab di saat kita meletakkan emosi dan perasaan dalam tindakan kita, golongan T1 boleh skip semua tu dan terus ke muka pengadilan. Diorang dah tentu ada lawyer personal. Kau kalau setakat T10, mungkin baru terkial-kial nak cari lawyer bagus kalau nak fight surat amaran.
Jadi inilah yang membezakan kita semua. Emosi. Malah melawan pun, cara kaya. Bak kata orang, takde dakwa-dakwi. Amaran yang dibuat pun ada bukti, bukan main cakap mulut. Hebat, kan?
Aku masih tergamam.
This post is written by my guest writer, Haris Kamaruzaman from Wapcar. He eats automotive contents for sahur, lunch and iftar, but his desire is to write about the B-side of the auto industry. Click to read more of his A-side write-ups here.
コメント