top of page

Merdekakan Diri Daripada Politik

  • Writer: Fai Ahmad
    Fai Ahmad
  • Aug 31, 2021
  • 3 min read

Merdekakan diri daripada politik
Merdeka Malaysia

Lesu


Sambil tengok TV3, aku dengan bini aku terkedu. “Here we go again,” dia kata dengan suara yang lesu.


Lesu sebab gerombolan penyangak yang kita rakyat Malaysia susah-payah usir daripada pemerintahan negara tiga tahun lepas dah kembali. Using the best tactics, they know how. Sailang.


“Ni semua that old senile punya pasal. Kalau tak dia ketagih holding on to power, none of this would’ve happened” bentak aku sedangkan aku tau bini aku peminat fanatik that 90+ year old ganyut.


Sengaja aku nak lepaskan marah. Marah yang sebenarnya baseless.


Bangang


So for the next 20 minutes we were arguing about political issues that literally has nothing to do with us.


Lethargic, BP naik, tidur malam pun masing-masing tengok the other side of the bed. Teruk.


Sambil baring atas katil menghadap gobok IKEA, aku cakap dengan diri sendiri, “Bangang betul aku nak bertekak dengan bini pasal benda macam ni. Tak berbaloi langsung."


Maha Menakjubkan!


Dan aku percaya insiden bertekak kami is not an isolated case. The political turmoil in this country is so severe, it effects even the best of us.


Adik-beradik, anak-beranak, sedara-mara, kawan baik tak bertegur sapa, bersakit hati and prolonged boycotting kenduri on the basis of politics.


Sad but true.


Senario politik yang menjengkelkan ni also give rise to our world-renowned internet trolls.


These keyboard warriors are drowned in self-pity, low self-esteem, hatred; the full spectrum of toxic mentality all fueled by, apa lagi kalau bukan politik.


Malaysian Internet Troll
Malaysian Internet Troll

Not to mention our 'budaya hadap' or elevating these dato’, tansri, tun politik ni on the ’wali' or untouchable pedestal.


Dan percaya dengan myth bahawa mencetuskan amarah datuk-datin tansri tansrot tun politik ini, akan disusuli bala tuhan. Spectacular!


Belum Terlambat


Melayu selalu kata, ‘Langit tidak selalunya cerah’, yet on the flip side, langit juga tidak akan gelap selama-lamanya.


Everything is a cycle dan hari cerah pasti tiba. Cuma lambat atau cepat.


Harapan masih ada. Don’t be too bogged down kalau kita terlepas peluang. Macam tunggu bas or LRT. Ada je the next harapan yang datang.


So, belum terlambat untuk aku kongsikan something yang aku pickup from YouTube.


Kedaulatan Individu


Seperti malam-malamku yang typical, sebelum melelapkan mata, aku layan dulu YouTube.


Atas kerusi poang yang berenjut tu, Vicki Robin pun menerangkan kepada aku, ada apa dengan konsep ‘free your mind’ ni.


Vicki Robin, a personal finance expert talked about the four layers of relationship antara kita dengan duit.


Dan lapisan pertama dan yang paling asas yang Vicki sebut adalah, ‘Free your mind.’


Dari sudut personal finance, pendekatan yang praktikal terhadap ekonomi ialah kita semua adalah individu berdaulat or sovereign individuals.


Kita berkuasa penuh ke atas diri sendiri. Ekonomi hanyalah alat untuk kita guna untuk kepentingan sendiri.


Dalam erti kata lain, kita yang menguruskan ekonomi itu, bukan membiarkan takdir kita dikawal ekonomi.


On the same breathe, aku pun sedar yang konsep ni boleh aplikasikan untuk hubungan kita dengan politik.


Dunia politik dan ahli di dalamnya bukan tuan kita. They are simply tools at our disposal.


Aku, kau, dia dan semua orang ialah individu berdaulat. Kita bebas memilih untuk tidak terikut-ikut rentak politik mereka. Diorang yang kena ikut rentak kita.


Klise (Cliché)


Kepada diri sendiri dan semua pembaca sekalian. Enough of politics.


This country is a good country not because of politics and their so-called leaders.


This country is a great country because it is propelled by our regular kawan, kakak, apek, bro, haji, ahmoi, adik and aunty.


Detach ourselves from this toxicity. Embrace differences. Jom kita pakat-pakat sedar yang harapan dan impian kita semuanya selari.


All we want is a place we can call home and live in, with peace, love and harmony.

Sounds cliché tapi disebabkan terlalu simplistic, we cease to believe it's attainable.


The truth is, inilah anjakan paradigma paling mudah yang kita semua boleh pegang dan adaptasi.


Merdekakan Diri Kita


Selain daripada golongan haprak yang suka main politik bangsa dan agama, apa yang majority rakyat Malaysia nak is harmony.


And the capacity for the entire nation to thrive as one, not in different groups.


Aku tak suka dengan hashtag kita jaga kita. Kita bukannya perlu dijaga. Kita perlu di empower.


Perlu diperkasa.


Memperkasakan Malaysia
Malaysian empowerment

Apabila diperkasakan, kita mampu membawa anjakan yang besar sekaligus mengeluarkan kita daripada kemudaratan yang berterusan.


Yang selama ini buat kita lumpuh dan menjadi mangsa keadaan.


Biarkan kemelut politik ini berkisar di sekeliling ahlinya saja. Diorang memang jenis yang tahan tikam-menikam, caci-mencaci, buruk-memburuk.


Biarkan mereka. We are not made for that.

As rakyat Malaysia, we are made to love, to express compassion, to think ahead, show respect and empowering each other. Kita bukan mangsa. Kita juga bukan pemangsa. Kita manusia. Kita rakyat Malaysia.

Merdeka. Merdeka. Merdekakan minda, hati dan fizikal kita daripada belenggu ahli politik yang menjajah kita dengan drama mereka, wahai rakyat Malaysia!



P/S: Walaupun minda aku dah bebas daripada penjajahan politik dan dapat tidur peluk bini semula, persoalan siapa punca kejatuhan kerajaan harapan masih bermain di minda ini? Adakah that 90+ year ol ganyut or that toxic adopted son of his? Possibly both.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

This creative services company is based in Bandar Sri Permaisuri, KL

  • Facebook
  • Twitter

© 2021 AhmadX Design and Innovation. Fuelled by Wix.com

bottom of page